Aku ni seorang manusia yang dilahirkan sebagai baby girl comel di Hospital Assunta, PJ. Atas perbincangan antara kedua mama and abahku, diorang namakan aku SHARIZA DILLA. Maksudnya, ntah. Aku pun tak tau. Yang aku tau, nama "Shariza" adalah gabungan nama abah aku "Shamsuri"-SHA, arwah atuk aku "Anwari"-RI dan mama aku, "Zaleha"-ZA. Nama DILLA tu, aku tak tau apa maksudnya. Tapi apapun, aku bangga dgn nama aku. Sebab unik. lagipun, serasa aku, setakat ni aku tak jumpa lagi manusia yang sama nama dengan aku...Kalo lepas lahir je dulu, aku boleh bercakap, nak je aku suh mama and abah aku letak nama lagi best...Putri Sabrina ke...Farisha Irwayu ke...Erra Fazira ke...auuwww...
Bila aku dah besar sikit, aku di sekolahkan kat Sekolah Rendah (2) Assunta, pastu sambung lagi pelajaran dan pembelajaran aku di Sekolah Menengah (P) Assunta..Ngape abah aku sekolahkan aku kat skolah perempuan eh..sebab dia taknak anak dia ni menggatal yang bukan2. Suh belajar bersungguh2...Tapi anak dia yang sedia gatal ni, tetap gatal gak..ahaks! Ni kengkawan baik aku dari sekolah rendah sampai sekarang...Merangkap BFF aku
Lepas abeh SPM,yang resultnya agak OK, aku sambung belajar setahun kat Matrikulasi KYPM, Bangi.Dalam bidang Science..
Aku dapat lecturer Kimia yang garang. Garang wooo...Garang tak ingat siotz..Sebelum masuk kelas Kimia, wajiblah pergi toilet, sekurang2nya 23 kali..Kalau assignment tak siap, janganlah berangan nak masuk kelas atau tengok muka dia. Baik pergi bandar jalan2 shopping. Tiap2 minggu ada kuiz...Kuiznya, kalau tak tau jawab, alamatnya bersiap sedia pakai kaki batu sebab kena diri, atau pakai topeng sebab nak cover muka malu kena tengking...Aku dah sedia tebal dah. Semua bebudak kuliah B mmg dah biasa kena penangan dia. Tapi jangan main2, sebab dia macam tulah aku leh dpt 4.0 utk subjek Kimia...hebat gak aku! Kengkawan kan matrix sume best2! Kitorang duk kat tingkat 4. Penatlah nak turun naik tangga tiap2 hari. Tapi bukan makin kurus, makin buncit adalah...sebabnya bila dah naik tingkat 4 tu, kirim salam la kalau ada sesiapa suruh turun bawah. Kalau boleh, nak suruh je makcik cafe tu wat delivery ke tingkat 4...Pemalas sungguh...antara kengkawan aku yang best ~ Yaya, Ainu, Amal, Dayana (dr Sek Rendah), Nana, Zuhri, Aimul, Skiin, Enny..memang riuh la kalau semua bebudak ni berkumpul.
Kitorang jahat gak time-time dulu. Bukan jahat, kira nakal arr...suka mengintai bebudak lelaki. Tak senonoh kan? hahaa...Ingatkan budak laki je suka skodeng budak pmpuan..Budak pmpuan pun sama gak! Jgn main2...Ingat lagi time nak raya. Kitorang ada port baik punya untuk skodeng bebudak lelaki ni. Masa nak dekat raya tu, masa tu jugaklah time nak dekat exam. So, sorang kawan kitorang, J (bukan nama sebenar) dapat stok mercun bola. Ala, mercun bola yang bunyinya kuat gila tu...Dapat kat Siam..So, bila tengah2 malam, masa semua orang tengah khusyuk study, kitorang pun mulakan operasi. Kitorang curi, eh silap, pinjam kunci sebuah bilik yang bertentangan dengan bilik2 bebudak lelaki ni..Bilik tu betul2 mengadap blok bebudak lelaki. Memang bilik kosong...Mercun pertama dilepaskan...Diorang semua terkujat sekejap. Semua mengintai ke luar tingkap, cari sape punya kerja. Kitorang sembunyi je dalam bilik tu (lampu bertutup). Dalam diam, terkekek-kekek jugak ketawa. Takleh gelak besar-besar. Nanti kantoi..Mercun kedua dilepaskan...dan seterusnya...bengang je diorang. Siap sound kuat-kuat,
"Diamlah ooi, nak study ni. Jangan main mercun!"....kekekeee...
Pastu kitorang blahla dari bilik tu. Takleh banyak-banyak. Nanti warden dapat tau, naya kitorang (tau takut...)...Banyak jugaklah kerja-kerja yang tak berfaedah kitorang buat...Tapi kitorang baik. Muka je ganas, tapi dalam hati ada taman!
Syok jugak masa study dulu. Especially dapat bebudak yang sekepala...macam iklan gigi ni...


Pas abes Matrix, tah nape dan mana silapnya, aku di campak ke Tanah Labuan untuk sambung Degree aku selama 3 tahun kat sana..aku sambung Degree IT (E-Commerce) kat Unversiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, ..lepas belajar, aku keja kat Farmasi Hospital Assunta selama 3 tahun 6 bulan...kompius? aku pun sama...ngape aku blajar IT tapi keja kat Farmasi? ada org leh tlg jawabkan tak?
Perkenalan aku dengan suami, Muhamad Hanif (encik anep), bermula kat Tanah Labuan...
Encik anep ni dulu masa kat Labuan dia study course Offshore Banking. Sape2 yang nak tau pasal Offshore Banking tu bolehla bertanyakan kepada beliau.
Aku create blog ni atas nasihat mber aku. Sebelum ni ada mmg ada hati nak buat blog tapi takut komitmen tinggi. So sekarang aku sedang cuba bagi full commitment kepada blog ni.
Nape aku pilih nama "Shantique"...apa ada pada nama tu..."Shantique" adalah gabungan nama panggilan aku "sha", singkatan nama hubby aku "han"-hanif dan singkatan "boutique"..maka setelah di tambah, di tolak, di darab dan dibahagi, jadilah "Shantique".
So, dalam usaha utk bagi full commitment kepada blog ini, aku jadikan blog ni sebagai tapak utk aku berbusiness...business apa? jeng...jeng...jeng...
Aku nak jual barang2 utk baby, especially baju-baju...so nak tau lebih lanjut, check it out...
Begitulah al-kisahnya, kehidupan aku ni tak lah seberapa menarik sangat. Setakat ala kadar jela..kira oklah sebagai hamba di bumi Tuhan yang esa ni.